Connect with us

Inspirasi

Peniaga Pasar Tangguh Jualan, Solat Jemaah Sebaik Dengar Azan

Kelantan sememangnya negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah. Sekiranya ‘cuci mata’ di sekitar negeri Darul Naim itu, sudah tentu pelbagai elemen keislaman akan ditemui di sana.

Bahkan, penduduknya juga amat menitikberatkan soal ibadah harian dengan mengutamakan Allah SWT walaupun dalam keadaan sibuk.

Peniaga pasar malam solat jemaah

Itu dapat dilihat melalui sekeping gambar dimuat naik seorang pengguna laman Facebook, Alia Abdullah Hadi yang tular sehingga mendapat lebih 3,500 perkongsian.

Menurut Alia, gambar tersebut menunjukkan suasana di sebuah pasar malam di Kelantan apabila kelihatan para peniaga menunaikan solat secara berjemaah sebaik sahaja azan dilaungkan.

“Sebaik sahaja azan, para peniaga baik lelaki mahupun wanita menangguhkan perniagaan mereka untuk menunaikan solat secara berjemaah di perkarangan pasar malam.
“Allahuakbar, syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberi,” tulisnya.

Kalau la tempat lain pun macam ni

Sejak era Allahyarham Nik Aziz lagi

Alhamdulillah subhanallah

Sumber : Alia Abdullah Hadi

Continue Reading
Advertisement

Trending