Connect with us

WTF

Peniaga ‘Online’ Sorok 223,000 Unit ‘Mask’ & Jual Dengan Harga Cekik Darah

Bekalan topeng muka ataupun penutup mulut kini dilihat kian meruncing. Disebabkan permintaannya yang semakin meningkat, ramai peniaga kini mengambil peluang dengan menjual barangan tersebut dengan harga yang melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menerusi laporan berita hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), telah berjaya merampas 223,000 unit topeng muka tiga lapis bernilai RM446,000, dalam satu serbuan di sebuah premis terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.

Operasi ini dijalankan hasil daripada maklumat dan laporan yang diterima daripada orang ramai menerusi Facebook Face Mask Wholesale (Malaysia Only) dan Pseud John Elton terhadap peniaga yang menjual lebih dari harga yang ditetapkan.

Topeng muka yang dirampas tersebut dikatakan akan dijual secara sembunyi kepada dengan harga RM3.50 seunit, yang seharusnya dijual dengan harga RM2 seunit.

Laman Facebook digunakan sebagai medium utama bagi mempromosikan topeng muka terbabit, manakala untuk berurusan jual beli mereka akan menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berhubung.

Selesai urusan jual beli, topeng muka tersebut akan dihantar melalui pos ataupun kaedah Cash On Delivery (COD) di sekitar kawasan Kota Damansara Petaling Jaya

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda, tidak melebihi RM500,000 dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM1,000,000; atau jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai dapat disarankan untuk menyalurkan maklumat kepada KPDNHEP dengan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan melalui talian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088/ 62.

Sumber: Sinar Harian.

Continue Reading
Advertisement

Trending