Connect with us

WTF

Pengunjung Zoo Biadab, Cakar Nama Sendiri Pada Badan Badak Guna Kuku Jari

Seronok sebenarnya kalau dapat kunjungi dan tengok sendiri haiwan liar di zoo. Bertambah meriah kalau dapat bawa bersama keluarga datang sekali sekala ke tempat seperti ini.

Namun tidak semua pengunjung yang datang dapat mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Secara ringkasnya, peraturan dan amaran yang ditetapakan adalah demi keselamatan haiwan dan pengunjung di zoo itu sendiri.

Perangai macam ni pun ada?

Dua hari lalu, satu kejadian memeranjatkan petugas zoo di Royan, Perancis yang melibatkan seekor badak sumbu dan pengunjung. Terdapat pengunjung telah mencakar badan badak tersebut dengan menggunakan kuku!

 

“Boleh sentuh! Tapi jangan sakitkan haiwan…”

Pihak Zoo berkata, cakaran di belakang badan badak betina yang berusia 35 tahun itu merupakan sebuah perkataan. Terdapat nama Camille dan Julien yang telah ditulis dibelakang badak berkenaan.

Walau bagaimanapun, petugas zoo menyatakan bahawa haiwan-haiwan di sana sememangnya dibenarkan untuk disentuh. Tetapi jangan sampai menyakiti mereka.

Bakal pasang CCTV!

Disebabkan kejadian ini, pihak pengurusan bakal mempertimbangkan untuk memasang CCTV di sesetengah tempat di zoo berkenaan dan berharap agar perkara seperti ini tidak berulang kembali.

Sumber : Malay Mail.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending