Sosial
Penggunaan Vape Dalam Kalangan Wanita Di Malaysia Semakin Meningkat

Sejak kebelakangan ini, trend penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau lebih dikenali sebagai vape dalam kalangan wanita yang menunjukkan peningkatan telah membimbangkan ramai pihak.
Menurut laporan Sinar Harian, walaupun kesedaran mengenai keburukan peranti itu telah disebar luas, tiada perubahan ditunjukkan malah semakin ramai golongan wanita dan anak gadis kini ketagih dalam menggunakan peranti tersebut.
Aktivis Anti Tembakau dan Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow memaklumkan, jumlah penggunaan vape di kalangan muda telah meningkat dua kali kali berbanding sebelum ini.
Apa yang lebih merisaukan, majoriti anak muda masih tidak sedar akan kesan sampingan terhadap kesihatan daripada penggunaan rokok eletronik itu dan lebih teruk lagi, ada yang menggunakan cecair perasa yang mengandungi nikotin.
“Faktor senang didapati selain harga yang tidak terlalu mahal menyebabkan mereka sering menghisap vape. Jika kita lihat, merata-rata orang jual vape malah ada yang menjualnya secara ansuran, termasuk di kawasan luar bandar,” katanya.
Tambahnya lagi, kepelbagaian perisa yang disediakan menjadi faktor utama ia menjadi pilihan ramai tanpa mengira umur dan bangsa pada ketika ini.
Tegasnya, jika isu ini tidak diselesaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan segera, lebih ramai lagi generasi muda terdedah dengan penggunaan vape pada masa akan datang.
Malah, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap premis-premis ini selain KKM perlu mengharamkan vape dan e-rokok untuk generasi yang sihat.
Bukan itu sahaja, selain mengadakan kempen kesihatan di sekolah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memberikan didikan secukupnya serta memantau aktiviti harian anak-anak sama ada di rumah mahupun di luar.
Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)
-
Buzz4 weeks lepas
Ghairah Cium Bakal Isteri, Lelaki Ini Ditampar Ketika Majlis Pertunangan
-
Semasa4 weeks lepas
Terus Masuk Ke Akaun Peribadi, Cara Pengurusan Wang Sumbangan Uncle Kentang Dipertikai
-
Buzz4 weeks lepas
Doktor Pakar Bius Kantoi Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Ketika Pembedahan Czer Berlangsung
-
Berita1 month lepas
Buang Gaya Hidup, Sedia Hadapi Kemelesetan Ekonomi, Wartawan Senior Saran Simpan RM400 Mulai Sekarang
-
Berita1 month lepas
Berlambak Dijual Di Golok, Thailand, Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya
-
Hiburan1 month lepas
Pemuda Ini Belanja Tiket Filem Mat Kilau Untuk Anak Tahfiz, Satu Panggung Penuh Dengan Kopiah Putih!
-
Hiburan1 month lepas
Nas Daily Kantoi Maki “Fu*k Israel, Kali Ini Sempat Dirakam Kamera
-
Berita4 weeks lepas
Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Akan Berlaku Jam 5.09 Petang Ini
Facebook Comments