Connect with us

Uncategorized

Pengganti ‘Grandpa’, Daddy Arumugam Jadi Youtuber Terkenal Di Usia 60 Tahun

Terdahulu, kita telah menerima satu perkhabaran sedih apabila Youtuber disukai ramai, ‘Grandpa Kitchen’ , Narayana, 73 tahun, yang dikenali dengan gelaran Granpda.

Nampaknya, kita bakal ada pengganti grandpa iaitu seorang warge emas bernama Daddy Arumugam, 60, yang kini terkenal dengan videonya memasak dalam kuantiti banyak selain sering menggunakan resipi dan kaedah tradisional India.

Jadi Youtuber terkenal di usia 60 tahun

Siapa sangka, warga emas itu bergelar Youtuber di usia 60 tahun dengan bantuan anak lelakinya, Gopinath yang memuat naik video masakannya ke saluran Youtube di bawah nama Village food factory.

Derma makanan kepada orang miskin

Tidak lupa akan kesukaran hidup dahulu, dengan bayaran lumayan yang diperolehi Daddy menerusi saluran Youtube, dia dapat menggunakan wang tersebut untuk memasak dan bersedekah kepada orang sama seperti yang dilakukan mendiang Grandpa.

Sama seperti Grandpa, bagi Daddy walaupun di usia tua dia sangat gembira dapat membuat bakti terhadap insan lain dan melihat insan lain tersenyum dengan pertolongan daripadanya. Setakat ini daddy telah mempunyai 3.33 juta subcribers. 

Sumber : Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement

Trending