Connect with us

Inspirasi

Pengawal Duduk Hadap Kiblat Masjid, Berdoa Agar Tak Dijangkiti Virus Masa Bertugas

Selain petugas perubatan, anggota polis dan tentera, pengawal keselamatan juga antara barisan hadapan negara yang berisiko dijangkiti Covid-19 ketika melakukan tugas di kawasan terbuka.

Namun demi tanggungjawab yang dipikul, mereka hanya mampu berserah kepada Tuhan agar dihindari daripada wabak bahaya itu dalam mencari rezeki untuk menyara keluarga di kampung.

Itu dilakukan seorang pengawal keselamatan apabila menjaga pintu utama keluar masuk stesen LRT Masjid Jamek yang bertindak duduk berhadapan kiblat ke arah Masjid Jamek di ibu kota, memejamkan matanya sambil berdoa.

Gambar pengawal keselamatan memberi seribu satu makna itu dikongsi wartawan The Malaysian Insight, Jahabar Sadiq di laman Facebook miliknya sehingga menerima hampir 6,000 perkongsian dan 14,000 tanda suka.

Warganet rata-rata turut mendoakan pengawal keselamatan tersebut agar sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi olehNya sepanjang melakukan tugas ketika menghadapi situasi wabak ini.

Sumber : Jahabar Sadiq

Continue Reading
Advertisement

Trending