Connect with us

WTF

Pengantin Lelaki Joget Sakan Dengan Wanita Lain, Isteri Mengamuk Tarik Telinga Suami

Pernikahan merupakan impian terindah bagi setiap individu yang menjalinkan hubungan cinta.

Disebabkan itulah ia merupakan hari paling istimewa di mana pasangan mempelai dilayan seperti raja sehari.

Namun, sebaliknya pula berlaku kepada pengantin lelaki ini apabila telinganya ditarik oleh isterinya ketika bersanding.

Memetik laporan Merdeka.com, kejadian itu dipercayai berlaku akibat isterinya geram melihat suami begitu menari dengan penyanyi jemputan di majlis tersebut.

Syok menari dengan perempuan lain

https://www.tiktok.com/@fikririzaldi_official/video/6966566884602875137?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.merdeka.com%2F&referer_video_id=6966566884602875137&refer=embed

Advertisement

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @fikririzaldi_official, kelihatan si pengantin lelaki rancak menari sambil berpegangan tangan bersama wanita itu.

Isteri geram tengok suami dari jauh

Sementara itu, isterinya pula dilihat sedang duduk di atas pelamin dengan wajah masam mencuka tatkala melihat adegan suaminya dari jauh.

Akibat terlalu sakit hati melihat si suami seakan lupa dunia tatkala didampingi wanita lain, sebaik sahaja si suami menghampiri pelamin, si isteri itu bangun dari duduk dan terus meluru ke arah suaminya.

Siapa sangka, tidak semena-mena pengantin perempuan memulas telinga lelaki itu di khalayak ramai dan menarik tangannya menuju ke pelamin. Aduh, malunya!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi terhibur melihat gelagat pasangan pengantin itu.

Advertisement

Di samping itu, netizen bersetuju dengan tindakan pengantin perempuan sebab suaminya tidak patut melakukan perkara tersebut terutamanya ketika hari bahagia mereka.

Kalau saya, tinggalkan je tempat tu

Tak menghargai perasaan pengantin perempuan

Nak ketawa takut dosa

Tarik je telinga dia sampai panjang

Baru nikah dah buat perangai

Sumber: Merdeka.com (Addina Zulfa Fa’izah), TikTok @fikririzaldi_official

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending