Connect with us

Infozon

Duduk di UK Tanpa Status Kerakyatan, Tiada Negara Mahu Terima Mereka Sebagai Warganegara

Bagi sesetengah orang, apabila sudah selesa menetap dan bekerja dinegara luar, mereka lebih pasti cenderung membuat keputusan untuk menukar kerakyatan. Mana tidaknya, mata wang dan gaji sudah pasti lagi berbaloi dari negara sendiri.

Namun, terdapat sisi gelap lain yang tidak diketahui ramai mengenai kes penukaran kerakyatan. Pengalaman perit ini telah dialami sendiri oleh Adam Kee, iaitu sebelum ini merupakan warganegara Malaysia dan sekarang hidup ibarat warga asing dinegara United Kingdom tanpa sebarang kerakyatan.

Lepaskan kerakyataan pada tahun 2005…

Pada tahun 2011, Adam Kee telah arahkan oleh kerajaan UK untuk kembali semula ke Malaysia. Dia sendiri tidak terkejut dan beranggapan perkara itu hanyalah satu kesilapan oleh pihak mereka.

Kemudian, Adam Kee menjelaskan kepada pihak berkuasa UK bahawa dia merupakan antara individu yang tanpa kerakyatan “British overseas citizens (BOCs)” di Britain.

 

Tahu Malaysia tak terima…

Seperti sudah dijangka, “kepulangan” Adam Kee bagaikan tidak sambut apabila pihak berkuasa Malaysia telah menyekatnya untuk kambali semula ke negara ini. Gara-gara membubarkan kerakyatannya pada tahun 2005, sudah pastinya dia merasa sangat kesal dengan tindakannya sendiri.

Menurutnya, keputusan penukaran kerakyatan tersebut telah dilakukan setelah menerima nasihat daripada peguamcara dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Dilayan macam penjenayah!

Seperti satu perjalanan yang penuh tragis, Adam Kee telah dipindahkan dari balai polis ke beberapa pusat penahanan dalam masa kurang dari seminggu. Tanpa sebarang rehat, dia terus diterbangkan ke Malaysia bersama tiga pegawai pengiring.

 

“Nak balik Malaysia semula tapi…”

Lagi menyedihkan apabila dia terpasa bekerja secara tidak rasmi dan harus bertahan sendirian. Lagi memeritkan apabila Home Office menganggapnya tidak serius melakukan pekerjaan.

“Saya mahu kembali ke Malaysia tetapi tak boleh. Saya tersangkut dan tidak boleh ke mana-mana. Hanya mampu menunggu disini dan membuang masa sepanjang hidup.” Kata Adam Kee.

Kini, lelaki berusia 37 tahun ini telah menetap di Britain tanpa sebarang kerakyatan sejak enam tahun tahun lalu.

Alami perkara yang sama!

Seorang lagi individu Yin Kit, 42 tahun yang terkesan akibat masalah tanpa sebarang status kerakyatan.Berhijarah di UK pada tahun 2001 untuk menyambung pembelajaran dalam bidang mechanical engineering.

Masalah timbul pada tahun 2005, dimana dia masih tidak memperoleh kewarganaan British walaupun telah melucutkan kerakyatan Malaysia.

Nak balik jumpa isteri…

Keinginannya pulang kembali ke Malaysia telah disekat oleh pihak berkuasa Malaysia kerana tiada cara untuknya supaya diberikan pemastautin.

Pernah ditahan oleh pihak immigration semasa sedang bekerja, namun kerajaan Malaysia tidak berikan sebarang kerjasama kerana dia bukan rakyat Malaysia lagi. Yin Kit telah dilepaskan tanpa sebarang jalan penyelesaian untuk masalahnya.

Dia kini hanya mampu melawat isterinya dengan hanya menggunakan visa pelawat yang hanya mampu bertahan selama sebulan.

Niat nak kejar impian, tapi hancur…

Seorang lagi individu yang menetap di The Telford Liew Teh, telah melepaskan kerakyatannya setelah dia menamatkan  pembelajaran dalam bidang engineering master’s degree di UK pada tahun 2006.

Jelasnya lagi, dia mengalami pelbagai tekanan kerana sangat takut jika tak kembali ke Malaysia untuk bersama-sama dengan keluarga.

Sekarang Liew Teh sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini sendiri tanpa menggunakan khidmat peguamcara kerana sudah tidak mampu membayar mereka. Dia berasa beruntung kerana masih mempunyai kawan yang sentiasa menyokongnya.

Jurucakap Home Office menyatakan mereka dan Malaysian British Overseas Citizens akan bekerjasama untuk menangani masalah status imigresen tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending