Connect with us

WOW

Penduduk Terpaku, Laungan Merdu Azan Bergema Di Bumi London

Meskipun kini seluruh dunia masih dalam perintah berkurung akibat daripada Covid-19, membuatkan kebanyakkan masjid terpaksa ditutup daripada sebarang aktiviti.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di Timur London, memaparkan laungan azan dari East London Mosque, telah menarik perhatian penduduk di sekitar itu.

Azan berkumandang di London

Menerusi video yang dikongsikan di Twitter, dilihat orang ramai yang ketika itu sedang berjalan di sekitar masjid tersebut berhenti seketika untuk mendengar laungan azan.

https://twitter.com/chaand_jpg/status/1257438008804020224

Muazzin laung azan atas bumbung masjid

Dalam satu lagi video yang dimuat naik itu, kelihatan muazzin yang melaungkan azan menggunakan pembesar suara daripada atas bumbung masjid.

Syukur rasanya, meskipun di London Muslim adalah golongan minoriti, namun mereka masih lagi diberi kebebasan untuk mengamalkan ajaran Islam.

Sumber : Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending