Connect with us

WOW

Penduduk Perlis & Sarawak Gembira Kongsi Gambar Makan Di Kedai, Negeri Lain Bila Lagi?

Saat negeri-negeri lain masih dalam fasa satu dan dua Pelan Pemulihan Negara, rakyat Perlis kini menarik nafas lega dan gembira kerana dapat kembali menikmati makan di kedai.

Perkongsian gambar makan di kedai yang tular di media sosial itu mengundang rasa cemburu rakyat dari negeri-negeri lain.

Makan nasi goreng dine in pun nikmat besar

Menurut luahan netizen, katanya dapat makan di kedai pun dah bersyukur sangat dan boleh dikira sebagai sebuay nikmat yang besar.

Advertisement

Bukan sahaja rakyat Perlis, namun rakyat Sarawak dan Labuan juga telah dibenarkan untuk makan di kedai kerana masing-masing sudah pun beralih ke Fasa 3 PPN seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun setakat ini, kebenaran untuk dine-in dihadkan kepada dua orang sahaja pada satu meja.

Salam dine in dari Sarawak

Tidak terkecuali, penduduk Sarawak juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kegembiraan mereka makan di kedai.

Sumber: Gulapop, Twitter @IzzRaifHarz

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending