Connect with us

Infozon

Penduduk Gaza Bersatu Hati Derma Darah Buat Mangsa Letupan Di Beirut

Letupan dasyat yang berlaku di Beirut semalam benar-benar menggemparkan dunia. Kesan daripada kejadian tidak terduga itu, lebih daripada seratus mangsa telah terkorban dan ribuan lagi tercedera.

Oleh hal yang demikian, hospital mulai sesak dengan mangsa-mangsa letupan tersebut dan pastinya bekalan darah agak terhadap.

Bantuan dari Gaza

Sehubungan dengan itu, penduduk Gaza telah berganding bahu bersama-sama menderma darah bagi tujuan membantu mangsa insiden tersebut.

Hal ini dilaporkan menerusi Arab News, berpuluh warga Palestin berkumpul di bandar Khan Younis bagi menyertai program dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin bagi menderma darah untuk mangsa letupan di Beirut.

Akan hantar darah ke Lubnan

Sumber juga melaporkan bahawa pihak PBSM di Gaza bakal bekerjasama dengan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa bagi menghantar bekalan darah ke Lubnan.

Tanda kesetiaan

Menerusi Arab News itu lagi, salah seorang warga Palestin yang menderma darah memaklumkan bahawa tindakan yang diambil ini adalah sebagai tanda kesetiaan dan juga sokongan mereka kepada warga Lubnan ketika ditimpa musibah.

“Saya menderma darah saya pada saat ini sebagai tanda kesetiaan kepada rakyat Lubnan.”

Walau bagaimanapun, bekalan darah tidak dapat dipastikan sama ada dapat sampai ke Lubnan ataupun tidak susulan lauan  jalur Gaza kini di bawah sekatan Israel-Mesir sejak 2007.

 

Sumber: Arab News

Continue Reading
Advertisement

Trending