Infozon
Pendakwah Terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber Dilaporkan Meninggal Dunia

Pada September tahun lalu, pernah kecoh di media sosial termasuk di Malaysia apabila seorang pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber ditikam oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika menyampaikan ceramah.
Hari ini, media dilaporkan pendakwah berusia 45 tahun itu telah pergi menghadap ilahi pagi tadi di Hospital Yarsi, Jakarta. Menurut laporan Detik News, berita duka itu dikongsi Ustaz Yusuf Mansur menerusi akaun Instagram @yusufmansurnew.
Dalam perkongsian video berdurasi lima minit itu, Ustaz Yusuf dilihat tidak dapat menahan air mata sewaktu menyampaikan perkhabaran duka tersebut.
Malah, beliau sempat menceritakan kisah kehidupan Syekh Ali sewaktu hayatnya, dimana Allahyarham merupakan seorang ahli ibadah yang baik dan soleh.
Bagaimanapun, Ustaz Yusuf menyatakan bahawa pemergian Syekh Ali Jaber adalah dalam keadaan Allahyarham sudah pulih daripada wabak Covid-19.
Memetik kenyataan CNN Indonesia, Syekh Ali pernah disahkan positif COVID-19 pada 29 Disember lepas. Apabila keadaannya semakin kritikal, dia telah dimasukkan ke ruang ICU Hospital Yarsi pada keesokan hari iaitu Rabu (30/12).
Kesihatannya semakin pulih sejak 4 Januari lalu, seperti yang tertulis di posting laman Instagram Syekh Ali sendiri sebelum ini.
Namun begitu, walaupun sudah sembuh siapa yang dapat menyangka, Allah lebih menyayangi beliau dan telah menjemputnya untuk bertemu denganNya.
Semoga segala amalan dan ibadah Syekh Ali diterima Allah SWT. Innalillahi wa innailaihi roji’un. Al-Fatihah.
Sumber: Instagram Ustaz Yusuf Mansur, CNN Indonesia, Detiknews

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit