Connect with us

WTF

Penat Kerja Kumpul Duit Bertunang, ‘Last2’ Kecewa Makwe Kembali Pada Bekas Kekasih

Seorang pemuda kecewa selepas impian bagi mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya tidak kesampaian apabila gadis berkenaan mengambil keputusan untuk kembali kepada bekas kekasih.

Azamuddin Azizan melalui laman Twitter miliknya berkata, beliau berusaha gigih untuk bekerja mencari rezeki demi ‘menghalalkan’ perhubungan tersebut malah hampir semua persediaan telah disiapkan.

“Aku ada kenal seorang perempuan ni, dia sendiri ajak aku bertunang. Aku usaha cari duit sebab aku sendiri pun nak halalkan dia. Tapi dia memilih untuk pergi dekat bekas kekasih dia. Hampir kesemuanya aku siapkan,” tulisnya.

Menerusi posting tersebut, pemuda itu memuat naik dua keping gambar segepuk wang tunai yang telah disimpan sehingga menerima 15,300 tanda suka serta diulang kicau lebih 6,000 kali.

Warganet turut memberikan pelbagai reaksi dimana segelintir mereka meluahkan rasa bimbang bagi melalui fasa perhubungan yang lebih serius sekiranya berlaku kejadian seperti itu.

‘Love is a scam’

Aku pun takut, kekasih pernah curang

Benda paling takut, tak kuat nak hadap keluarga

Namun kebanyakan netizen memberikan kata-kata semangat buat Azam yang mungkin terdapat hikmah disebaliknya kejadian tersebut selain berkongsi pengalaman cinta masing-masing.

Simpan duit untuk perkara manfaat

Kalau dah tiada jodoh

Belajar melepaskan! Cari duit banyak2 dulu

Mungkin ada sebab Allah palingkan hati dia

Ada yang lebih baik untuk kau!

Aku sampai dah beli cincin

Sumber : Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending