Connect with us

WTF

Penangan PKP! Siswa Siswi Kongsi Keadaan Hostel Lepas Ditinggalkan Berbulan2

PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan tempoh hari menyebabkan para pelajar universiti pulang ke pangkuan keluarga secara berperingkat. Namun, tiada siapa yang bakal menjangkakan bahawa PKP yang dilaksanakan ini bakal dilanjutkan sehingga berbulan-bulan lamanya.

Kes COVID-19 di Malaysia dilihat semakin reda dan pelajar-pelajar universiti juga telah dimaklumkan serta dibenarkan untuk datang ke kolej kediaman mereka untuk mengambil barang secara berkelompok.

Bilik ditinggal berbulan2, keadaan sungguh teruk

Di Twitter, seorang pelajar universiti berkongsikan keadaan biliknya setelah ditinggalkan dalam jangka masa yang lama.

Bukan sahaja keadaan bilik yang bersepah dipunggah, malah lebih mengejutkan seekor kucing Oren dijumpai mati mereput dalam bilik tersebut.

“Aku pun tak nak benda ni jadi…”

Kucing tu mungkin terperangkap!

Ramai yang turut mengalami nasib yang sama

Diruangan komen, ramai juga para pelajar berkongsi mengalami nasib yang sama. Ada juga yang meluahkan perasaan kecewa terhadap pihak pengurusan dan lebih malang lagi barangan berharga seperti laptop serta wang ringgit turut hilang gara-gara bilik dipecah masuk.

Najis berselerakan atas katil

Bilik dipecah masuk, barang berharga hilang

Bangkai tikus dah mereput atas lantai

Sumber: Twitter.Ā 

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending