Connect with us

WOW

Penangan Bau Durian, 12 Pekerja Pos di Jerman Pengsan & Masuk Hospital

Rakyat Malaysia di negara ini rata-ratanya sedang menikmati kelazatan buah durian dek kerana musimnya telah menjelma tiba. Ramai peniaga-peniaga dilihat mengambil kesempatan dengan meraih rezeki menjual durian di tepi-tepi jalan buat penggemarnya.

Namun, musim ini pastinya amat malang buat bukan penggemar buah durian. Baunya yang menyucuk kalbu boleh membuatkan sesetengah golongan berasa muntah dan pening kepala.

Satu kejadian yang tidak disangka-sangka telah menimpa staf-staf pejabat pos di Jerman apabila mereka terpaksa dimasukkan ke hospital akibat terhidu bau durian.

Pasukan polis, bomba dan perkhidmatan kecemasan dikejarkan ke sebuah pejabat pos di bandar Schweinfurt, Bavaria pada Sabtu lalu selepas pekerja menghidu bau amat kuat dari sebuah bungkusan.

Setelah bangunan tersebut dikosongkan dan 60 pekerja diarah keluar, hasil pemerikasaan mendapati bungkusan tersebut rupa-rupanya mengandungi empat biji durian Thailand.

Advertisement

Hasil daripada bauan tersebut, 12 staf telah menerima rawatan akibat mual kesan dari terhidu durian berkenaan. Walau bagaimanapun, durian berkenaan akhirnya dihantar jua kepada penerima sepatutnya.

Sumber: Sinar Harian.

Continue Reading
Advertisement

Trending