Connect with us

Infozon

Penagih Dadah Terkantoi, Paksa Budak Lelaki Mengemis Untuk Dapatkan Duit

Sudah sering kali kedengaran mengenai kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak. Lebih parah, kanak-kanak yang dijadikan sebagai mangsa jenayah ini, selalu diperas ugut dan dikerah tenaga untuk melakukan pelbagai perkara.

Kejadian ini juga telah menimpa seorang kanak-kanak lelaki di Sibu Sarawak, dikatakan tertangkap oleh orang ramai menjadi pengemis untuk kesenangan si penagih dadah. Sebanyak 3 buah video telah tular dan memaparkan sedikit sebanyak pertengkaran orang ramai dengan penagih dadah berkenaan.

Duduk mengemis, penagih dadah goyang kaki!

Lebih memeritkan budak lelaki berkenaan dikatakan dipaksa untuk meraih simpati dan mengutip wang daripada orang ramai. Hasil wang yang telah didapati itu, digunakan sewenang-wenangnya oleh si penagih dadah berkenaan.

Di faham kan dari groups sebelah. Seorg kanak2 di suruh mengemis oleh penagih dadah. Dan duit tersebut di ambil untuk…

Posted by Terabai Pengerindu Tua on Saturday, January 4, 2020

Tiga-tiga video rakaman berkenaan agak sukar untuk difahami kerana kebanyakannya sedang bertutur dalam bahasa Sarawak.

Badan alami luka-luka!

Dalam video berkenaan juga memaparkan, budak lelaki berkenaan sedang dirawat oleh beberapa orang individu kerana tubuh badannya dilihat seperti mengalami kecederaan.

 

Menurut ruangan komen, seorang wanita yang dikatakan sebagai penagih dadah berkenaan dilihat sedang bertikam mulut dengan orang ramai. Malah, turut didakwa wanita berkenaan tidak mempunyi sebarang pertalian darah.

 

Bawa & dalam jagaan polis

Hasil pertolongan dari orang ramai, budak lelaki berkenaan telah dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut. Malah, pihak polis di Sibu kini dalam proses untuk pencarian ibu bapa kepada budak lelaki berkenaan.

Diharapakan, orang ramai yang mengetahui maklumat lanjut mengenai kanak-kanak ini dapat berikan kerjasama. Semoga dia dapat kembali ke pangkuan dan jagaan ahli keluarganya.

Sumber: Terabai Pengerindu Tua.

Continue Reading
Advertisement

Trending