Connect with us

Infozon

Pemuda Palestin Mati Dalam Penjara, Israel Pulangkan Pada Keluarga Tanpa Nyawa

Seorang tahanan Palestin yang menjalani hukuman lapan tahun kerana melawan tentera Zionis dilaporkan meninggal dunia di penjara Zionis pada 22 April lalu.

Palestinian Prisoner Society (PPS) dalam satu kenyataan berkata Nour Jaber Barghouti dari bandar Aboud yang telah dipenjara selama empat tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh dalam tandas di penjara Naqab di Selatan Israel.

Menerusi laporan The Palestine Chronicle, pihak penjara mengambil masa lebih setengah jam untuk memberi bantuan perubatan kepada pemuda berusia 23 tahun itu hanya selepas tahanan lain berteriak meminta pertolongan.

Walau bagaimanapun, pemuda tersebut kemudiannya disahkan meninggal dunia menyebabkan pihak Perkhidmatan Penjara Israel diminta bertanggungjawab atas kematian itu kerana tidak memberikan bantuan dengan segera.

Menurut laporan IMEMC News pula, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Pihak Berkuasa Palestin memberitahu bahawa jenazah Barghouti sudah dikembalikan kepada keluarga pada lewat malam Ahad lalu.

Laman Facebook page Ramallah News berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis pengebumian yang mengundang tangisan penduduk di sekitarnya.

Sumber : The Palestine Chronicle , IMEMC News , Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending