Connect with us

WOW

Pemuda Jual Daging Dhab Sebagai Juadah Cetus ‘Pertelingkahan’ Netizen

Dhab merupakan sejenis biawak yang terdapat  dan hidup di padang pasir. Dari segi sains, binatang Dhab ini dikelaskan sebahagian daripada keluarga cicak. Tambahan pula, Dhab merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur dan mempunyai kulit bersisik tebal.

Selain itu, Dhab merupakan sejenis haiwan vegetarian (hanya memakan tumbuhan atau sayuran). Ia menghabiskan banyak masanya di dalam lubang yang digalinya untuk menyembunyikan dirinya atau dicelah-celah batu-batu yang selamat untuknya berlindung. Dhab dikatakan binatang yang halal untuk dimakan kerana haiwan ini tidak memakan bangkai dan bukannya dua alam. (Menurut laman web Mufti WP).

“Menu berbuka paling lazat atas muka bumi…”

Di Facebook, seorang pemuda telah menjadi perbualan hangat apabila dirinya telah terpalit dengan pelbagai pertikaian mengenai barang jualannya.

Dia pada awalnya hanya mempromosikan daging Dhab ataupun dikenali sebagai biawak padang pasir diakaun Facebook.

“Dhab ni halal dimakan…”

Daging Dhab itu mula menjadi perbualan ramai dan keraguan mengenai binatang itu mulai tercetus. Ramai dilihat memberikan hujah dan juga pendapat sahih tentang status daging Dhab ini.

“Biawak yang haram dimakan…”

 

“Selagi tak haram jangan kata jijik…”

“Adakah daging itu haram wahai Rasulullah?”

“Halal ka binatang ni…”

“Siput sedut pun aku tak makan…”

Sumber: Mufti WP, Facebook.

 

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending