Connect with us

Inspirasi

Pemuda Guna Duit Tangguh Nikah Bantu Pendatang Asing Tiada Makanan

Pendemik yang melanda dunia ketika ini sememangnya menyebabkan ramai yang mengalami kesusahan. Hal tersebut berikutan langkah setiap negara yang menghadkan pergerakkan setiap rakyatnya.

Di India, seorang pemuda dikenali sebagai Akshay Kothawale telah menggunakan duit untuk majlis perkahwinannya bagi memberi bantuan buat yang memerlukan.

bagi pendatang asing makan

Bekerja sebagai pemandu beca automatik, Kothawale telah memberi sumbangan berbentuk makanan kepada mereka yang terjejas teruk seperti pendatang asing akibat pendemik menggunakan hasil tabungannya untuk berkahwin.

Bawa ibu mengandung buat pemeriksaan

Tambahnya lagi menerusi World Asia, sepatutnya dia dan tunang bakal melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan Mei ini, namun terpaksa ditangguhkan kerana kerajaan India melarang segala bentuk urusan perhimpunan diadakan.

Selain daripada memberikan makanan, pemuda tersebut turut menggunakan beca automatiknya untuk membawa para ibu mengandung yang ingin ke klinik atau hospital bagi membuat pemeriksaan bulanan secara percuma.

Disamping itu, Kothwala dan rakan-rakannya  turut memasang pembesar suara di beca automatik bagi memberi kesedaran di kalangan orang ramai tentang Covid-19 serta cara untuk mencegah daripada berlaku penyebaran wabak Covid-19 kepada umum.

Sumber : World Asia

Continue Reading
Advertisement

Trending