Connect with us

WOW

Peminta Sedekah Di China, Kini Mengemis Dengan Hanya Menggunakan Kod QR

Kadang kala, disebabkan desakan hidup ramai yang mengambil jalan pintas dengan meminta sedekah dijalanan untuk menampung kehidupan seharian. Lagi menyedihkan, apabila terpaksa meminta-minta dalam keadaan yang kurang upaya dan sering dipandang serong oleh orang lain.

Sejak tahun 2017 lagi, penduduk di negara China telah adaptasikan penggunaan budaya cashless dalam kalangan rakyat mereka. Sehinggakan, pengemis-pengemis di sana turut mengikut perkembangan berkenaan.

Derma hanya dengan imbas kod QR!

Seorang pengguna Facebook, telah berkongsikan pengalamannya apabila didekati oleh seorang pengemis di negara tersebut. Pengemis di situ telah menunjukan kod QR, yang merupakan transaksi atas talian untuk bersedekah kepadanya.

 

Bayaran semua dilakukan atas WeChat!

Jelasnya lagi, pelbagai transaksi di China ini dilakukan dengan hanya menggunakan aplikasi atas talian termasuk bayaran di kedai-kedai makan. Jadi tidak hairanlah, pengemis di sana juga mempunyai kod QR mereka yang tersendiri.

Dah tak mengemis duit lagi…

Cara ini sudah lama dipraktikkan dalam kalangan warga penduduk China, termasuklah pengemis-pengemis jalanan. Kini, mereka tidak lagi duduk berpeleseran untuk meminta wang daripada orang ramai dan hanya memerlukan sekeping kod QR sahaja untuk meminta wang atas talian.

Teknologi negara China tidak boleh dinafikan sangat maju dan lebih memudahkan dari negara-negara lain. Tidak hairanlah jika pengemis mereka turut terikut sama dengan perkembangan moden tersebut.

Sumber: One Asia, Mstar.

Continue Reading
Advertisement

Trending