Connect with us

WTF

Peminat Malaysia Sanggup Sewa Billboard Khas Ucap ‘Happy Birthday’ Jimin BTS

Malaysia sudah tidak asing lagi dengan industri muzik K-pop sehinggakan sebuah kumpulan terkenal iaitu BTS telah merangkul anugerah kategori Artis Luar Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada baru-baru ini.

Boleh dikatakan, rata-rata rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja mempunyai kumpulan kegemaran K-pop yang tersendiri.

Tetap sambut walaupun dari jauh

Seorang gadis dikenali sebagai Anisha telah berkongsikan sebuah rakaman video yang memaparkan aktiviti mereka sedang menyanyikan lagu hari jadi kepada salah seorang ahli kumpulan BTS iaitu Jimin.

Mereka yang merupakan peminat fanatik Jimin tersebut telah mengadakan sambutan hari jadi terbuka di sebuah kafe di Kuala Lumpur.

Jangan terlalu Obses dengan K-pop

Tindakan sekumpulan gadis tersebut telah menerima kecaman netizen setelah mereka dikatakan terlampau obses dengan kumpulan tersebut, walhal pemuda kumpulan BTS itu tidak berada di masjlis tersebut.

Power betul Army BTS ni!

Sewa Billboard khas untuk ucap happy birthday pada Jimin!

Kumpulan peminat BTS ini yang menggelarkan diri mereka sebagai Army telah melancarkan htag #jiminbirthdayproject yang telah tular di seluruh negara.

Mereka juga telah menyewa khas billboard selamat hari lahir di KL Central.

https://twitter.com/btsforeverr_/status/1182926049316786176

https://www.youtube.com/watch?v=CLy750wOfYU

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang menyokong sepenuhnya dengan tindakan mereka kerana majlis tersebut dianggap dapat mengeratkan lagi hubungan antara peminat.

Sumber: Anishazwani

Continue Reading
Advertisement

Trending