Connect with us

Cute

Pemenang Emas Olimpik Dari Great Britain ‘Kantoi’ Mengait Ketika Tonton Acara Terjun

Olimpik Tokyo 2020 hari ini memperlihatkan acara terjun dimana beberapa pingat telah ditawarkan. Paling mencuri tumpuan rakyat Malaysia sudah tentu penampilan atlet negara, Nur Dhabitah Sabri dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita final yang menempatkan dia di kedudukan ke empat.

Sempat mengait sambil tonton acara

Disebalik keterujaan rakyat Malaysia menonton penampilan tersebut, satu sorotan media menerusi akaun TikTok Astro Arena telah memperlihatkan gelagat seorang penerjun lelaki dari Great Britain, Tom Daley yang leka mengait di tempat duduk.

@astroarena

Tom Daley, buat apa tu? hahahaah sempat lg dia knitting smbl tgk match. Champion and a multitasker 🏆🥇

♬ nhạc nền – Nhạc Này Chill Phết – Nhạc Này Chill Phết

Pemenang pingat emas Olimpik Tokyo

Dapat dilihat dia yang memenangi pingat emas dalam acara10 meter platform berirama di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bergandingan dengan  Matty Lee tekun mengait benang berwarna ungu sambil kadang kala matanya terarah ke lokasi acara terjun.

Advertisement

Dah sertai Olimpik sejak berusia 14 tahun

Olimpik Tokyo 2020 merupakan penyertaan keempatnya sejak Olimpik Beijing pada 2008. Ketika itu penerjun dari Great Britain ini baru berusia 14 tahun.

Memang suka mengait

Melihat kepada Instagram atlet berkenaan, dia sememangnya gemar melakukan aktiviti mengait apabila pernah memuat naik gambar sedang mengait ketika hujung minggu.

Advertisement

Perkongsian daripada TikTok @astroarena itu nyata mendapat perhatian ramai dan masing-masing tersenyum disamping terkejut melihat bakat yang dipunyai oleh Olimpian tersebut selain hebat di arena terjun.

Sumber: TikTok @astroarena, Instagram Tom Daley

 

 

 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending