Connect with us

WOW

Pemandangan Paling Indah, Solat Subuh Di Masjid Al-Aqsa Dibanjiri Ribuan Jemaah

Meskipun saban hari penduduk Palestin diancam oleh kerakusan dan kekejama daripda pihak rejim Zionis, namun segala dugaan yang ditempuhi tidak sedikit pun melunturkan iman mereka.

Hari ini, satu pemandangan yang cukup indah kelihatan di sekitar masjid Al-Aqsa, apabila ribuan penduduk Palestin, menunaikan solat subuh di masjid bersejarah tersebut.

Jemaah subuh penuh sampai ke luar

Beberapa gambar yang dikongsikan, memaparkan ribuan jemaah membanjiri masjid Al-Aqsa bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Setiap penjuru masjid dipenuhi para jemaah, sehinggakan, ada yang menunaikan solat di luar masjid bagi turut serta mahu mengejar pahala solat berjemaah.

Israel semakin terancam kebangkitan rakyat Palestin

Untuk makluman ramai, Pada 15 Januari 2020 waktu malam, Gaza sekali lagi menerima serangan udara yang dilancarkan oleh Zionis Israel.

Walaupun tindakan ZIonis Israel itu dilarang, mereka tetap melaksanakannya kerana mereka terasa terancam dengan kebangkitan rakyat Palestin di Gaza.

Sumber : Aman Palestin-Malaysia Media Unit

Continue Reading
Advertisement

Trending