Connect with us

WTF

Pemain Ragbi Terkenal Dunia Kesal Gambar Sedang Berdoa Di Padam IG?

Sesiapa yang mengikuti perkembangan sukan ragbi dunia sudah tentu mengenali pemain Sonny Bill Williams iaitu pemain ragbi beragama Islam yang bermain dalam pasukan  All Black yang bertapak di New Zealand.

Instagram padam gambar tengah berdoa

Sejak pagi tadi, nama pemain tersebut seakan berlegar-legar di media sosial berikutan kenyataannya yang mendakwa fotonya sedang berdoa di padang ragbi telah di padam oleh pihak Instagram.

Kesal dengan tindakan tersebut, Sonny telah memuat naik status bertanyakan perihal mengapa gambar yang dimuat naik dipadam oleh Instagram sedangakan tiada perkara yang mencurigakan disitu.

Minta maaf dengan jurugambar Malaysia

Namun begitu, selepas beberapa ketika, Sonny Williams telah memuat naik kembali gambar tersebut dan memohon maaf diatas salah faham yang berlaku. Sebenarnya gambar itu adalah milik seorang jurugambar Malaysia dikenali sebagai Faiz Azizan.

Menerusi gambar itu, terdapat tera air atau water mark milik jurugambar tersebut dan dimuat naik oleh William tanpa kebenaran. Oleh hal demikian, gambar atlet beragama Islam itu dianggap sebagai plagiat oleh pihak Instagram.

Sekadar salah faham

Terdahulu, Faiz Azizan telah memuat naik gambar yang diambil ketika perlawanan ragbi yang melibatkan pasukan All Black dan Sonny William turut bermain.

Dia telah memuat naik gambar itu dengan kapsyen “Assalamualaikum brother” ditujukan kepada Sonny Bill Williams dan secara tidak sengaja telah mendapat perhatian daripada pemain berbakat tersebut.

Sumber : Sonny Bill Williams, Faiz Azizan

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending