Connect with us

Infozon

Pemain Muslim Liverpool Pilih Jadi Kaya Untuk Bantu Ramai Orang Susah

Jika sebelum ini kita mendengar kisah Mesut Ozil yang ingin menanggung kira-kira 219 kanak-kanak untuk  melakukan pembedahan, berlainan pula dengan seorang lagi bintang sukan bolasepak dari pasukan Liverpool.

Buka sekolah & stadium

Sanio Mane merupakan rakyat Senegal yang juga seorang Muslim dikatakan telah membina sekolah, stadium dan mendermakan pakaian juga makanan kepada mereka yang memerlukan.

https://www.instagram.com/p/B6c89rEhVTF/

Nak kaya dan berkongsi rezeki

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh satu akaun Instagram dikenali sebagai Muslim Daily, muat naik tersebut telah menyatakan bahawa Sadio Mane ingin memiliki kekayaan kerana mahu berbahagi rezeki kepada mereka yang memerlukan.

Derma 70 Euro secara bulanan kepada keluarga susah

Tambahnya lagi menerusi temu bual tersebut, dia tidak memerlukan kereta mewah, jet peribadi ataupun rumah besar asalkan dia mampu membantu golongan memerlukan di negara asalnya.

Sebenarnya Mane telah memberikan tambahan 70 Euro kepada keluarga yang benar-benar miskin bagi menjana ekonomi keluarga mereka.

Pernah kelaparan suatu masa dulu

Dia melakukan semua itu kerana pernah berada dalam keadaan susah sehingga kelaparan. Dia juga mengakui bahawa tidak bijak dan hanya tahu bermain bolasepak.

Jadi, melalui kerjaya sebagai pemain bolasepak ternama, Mane mahu berkongsi sedikit rezeki yang diperoleh daripada bolasepak untuk membantu orang ramai.

Sumber : Muslim Daily

Continue Reading
Advertisement

Trending