Connect with us

Infozon

Pelukis Karikatur Nabi Muhammad S.A.W Terbunuh Dalam Kemalangan Ngeri

Seorang kartunis berasal dari Sweden yang pernah mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam apabila melukis gambar Nabi Muhammad SAW dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi  Daily Mail, Lars Vilks, 75 mengalami kecederaan parah sebelum terbunuh ketika kereta polis yang dinaikinya terbalik dan terbabas ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah trak.

Kedua-dua kenderaan tersebut terbakar dan pemandu trak tersebut dilaporkan cedera parah serta telah dikejarkan ke hospital.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam pukul 3 petang waktu tempatan di Markaryd, wilayah Kronoberg  itu turut mengorbankan dua anggota polis yang mengiringi kartunis tersebut.

Terdahulu Lars Vilks pernah membuatkan dunia kecoh dan mengundang kemarahan umat Islam selepas melukis gambar Nabi Muhammad pada 2007.

Advertisement

Disebabkan hal tersebut, Lars hidup didalam perlindungan polis kerana sering menerima ancaman bunuh.

Sumber: Daily Mail (Laurence Dollimo)

Continue Reading
Advertisement

Trending