Cute
Pelik Sorang2 Beratur Di Lampu Isyarat, Rupanya Kereta Lain Takut Panas, Beratur Bawah Jambatan

Kebiasaannya hanya penunggang motorsikal sahaja yang akan menumpang teduh di bawah jambatan sewaktu menunggu di persimpangan lampu isyarat . Namun di Bukit Jelutong bukan sahaja penunggang motorsikal malah pemandu kereta turut melakukan hal yang sama.
Baru-baru ini menerusi perkongsian sebuah paparan video di TikTok yang menunjukkan kelihatan hampir semua kereta berteduh di bawah jambatan sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
@janganlupaaku02Rakyat zaman kini🤣🤣member aq sorg ni tk prnh tk lawak🤣🤣 ##kiniviral ##viral ##malaysiatiktok ##fyp ##foryoupage ##fypシ ##kiniviralmalaysia ##meletop♬ original sound – iqballll
Hal ini menyebabkan si perakam berasa aneh dan hairan melihat hanya keretanya sahaja yang setia menunggu di hadapan.Kejadian itu membuatkan lelaki itu mula merekod video dan tertawa melihat semua kereta menunggu di belakang semata-mata mahu berteduh dari terik matahari.
Rasa macam budak baru kena duduk depan masa sekolah
Menurut lelaki itu lagi, dia turut merasa malu dan kekok hanya kerana keretanya sahaja berada di depan dan sanggup menunggu di tempat yang panas.
First time guna jalan itu rasa pelik tengok semua duduk tempat redup
Perkara itu turut diakui oleh beberapa netizen yang pernah melalui persimpangan lampu isyarat di Bukit Jelutong itu. Bagi yang tidak biasa melalui jalan itu sememangnya akan menunggu di tempat panas seperti mana yang dilakukan oleh lelaki itu.
Lama sangat duduk rumah sampai tak boleh kena panas
Walau bagaimanapun video itu ternyata menghiburkan netizen kerana bagi mereka jarang sekali dapat dilihat kereta menunggu di tempat redup memandangkan perkara itu kebiasaannya dilakukan oleh penunggang motorsikal sahaja.
Sumber: TikTok @janganlupaaku02

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit