Connect with us

Cute

Pelepas ‘Homesick’, Kedutaan Malaysia Di Itali Kirim Hadiah Buat Rakyat Malaysia

Itali antara salah satu negara yang menunjukkan peningkatan kematian dan kes yang mendadak bagi wabak coronavirus ini. Turut diwar-warkan di media sosial dan laman berita bahawa, Itali telah mengambil tindakan tegas dengan menutup ataupun kuarintinkan sebilangan wilayah di negara itu.

Walaupun negara Itali tetap sahaja melakukan penerbangan ke negara-negara lain, tetapi penduduk sana tidak sewenang-wenangnya keluar masuk dan perlu berikan alasan yang jelas. Arahan ini juga telah menjejaskan rakyat negara lain yang menetap di Itali termasuklah penduduk dari negara Malaysia sendiri.

Menurut perkongsian seorang pemuda di laman Twitter, Kedutaan Malaysia di Itali telah menunjukkan keperihatinannya terhadap rakyat-rakyat Malaysia yang terkadas disebahagian wilayan yang dikuarintin.

Dengan harapan boleh mengubati rasa rindu di kampung halaman, Kedutaan Malaysia di Itali telah mengirimkan bungkusan yang mengandungi barang khas dari Malaysia Sendiri.

Bungkusan tersebut dilihat mengandungi makanan-makanan berjenama seperti mi segera, nasi, rendang, dodol dan serunding. Malah, penutup mulut, hand sanitizer dan juga bahan penjagaan diri yang lain turut sertakan bersama.

Sudah pastinya, usaha ini mendapat perhatian dan juga pujian terutamanya oleh para pengguna media sosial. Netizen malah dilihat sangat teruja apabila makanan-makanan kegemaran rakyat Malaysia berada di bumi Itali.

Malah, mereka turut berharap kedutaan Malaysia di Itali boleh mengagihkan pelbagai jenis makanan lain kepada rakyat Malaysia di sana.

Kini, orang ramai diminta untuk doa dan juga menjaga kesihatan diri dengan lebih teliti untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkinan berlaku. Semoga wabak covid-19 ini ditemukan penawarnya dan kembali reda seperti sedia kala.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending