Connect with us

Infozon

Pelawak Terkenal Jepun, Ken Shimura Meninggal Dunia Dijangkiti Covid-19

Pelawak Jepun, Ken Shimura yang telah dimasukkan ke hospital setelah dijangkiti wabak coronavirus meninggal dunia sekaligus menjadi selebriti Jepun yang pertama meninggal dunia disebabkan virus tersebut.

Dia meninggal pada 29 Mac, Ahad lalu. Lelaki berusia 70 tahun itu merupakan seorang pelawak yang terkenal di Jepun yang memulakan kerjayanya pada awal 70-an.

Menurut laporan, dia pernah melakukan pembedahan kanser paru-paru- pada 2016. Shimura mendapat demam panas dan mengalami masalah pernafasan pada 19 Mac lalu dimasukkan ke hospital.

Mendominasi kaca televisyen komedi pada tahun 70 dan 80-an, Shimura terkenal dengan watak seperti Charlie Chaplin dengan tarian misainya.

“Ini sangat menyedihkan. Mungkin bukan satu perkara yang baik mengatakan perkara ini tetapi saya harap dengan kematian Shimura dapat membuka mata rakyat Jepun tentang bahayanya wabak tersebut.”

Jurucakap kerajaan, Setiausaha Ketua Kabinet, Yoshihide Suga mendoakan roh Ken Shimura dan rakyat Jepun yang  kini berada di keadaan yang kritikal.

Jumlah kes jangkitan di Jepun sebanyak 1,953 dan kematian telah mencecah seramai 56 orang namun jumlah yang berjaya sembuh adalah seramai 424 orang.

Sumber: Asiaone

Continue Reading
Advertisement

Trending