Inspirasi
Pelarian Mahu Balas Jasa, Masak Bagi Petugas Hospital Guna Duit Simpanan Sendiri

Berikutan semua kakitangan hospital sedang berjuang untuk melawan Covid-19 yang semakin menular, ada pihak yang prihatin terhadap kerja keras dilakukan ‘frontliners’.
Satu kumpulan pelarian telah melakukan inisiatif untuk memasak sebelum menyumbang kepada petugas perubatan di Hospital Ampang yang kadangkala tiada masa untuk mengisi perut kelaparan.
Pelarian tersebut terdiri dari Syria, Palestin, Yemen dan Iraq melakukan tindakan murni itu kerana ingin menunjukkan rasa berterima kasih kepada pasukan barisan hadapan.
Makanan untuk 20 orang akan dihantar ke hospital dari 23 Mac hingga 31 Mac ini yang akan dimasak oleh tukang masak berbeza sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Wanita Palestin, Eman Mfleh telah tinggal di Malaysia bersama suami, anak dan cucu selama lima tahun serta anak lelakinya telah meninggal dalam peperangan di Syria.
“Ini merupakan peluang saya untuk membalas budi pada Malaysia yang telah menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Kami sayang rakyat dan juga negara ini.
Gambar sekadar hiasan
“Doktor, jururawat dan yang lain di hospital bekerja keras untuk memastikan kita selamat. Hanya ini sahaja yang mampu kami lakukan untuk mereka,” ujar wanita berusia 62 tahun itu.
Pengasas Beyond Borders, Mahi Ramakrishnan mengatakan bahawa pelarian itu menggunakan duit simpanan mereka sendiri untuk menyediakan makanan tersebut.
Gambar sekadar hiasan
“Ia salah satu cara untuk mereka menyumbang kepada negara dan masyarakat. Mereka juga ingin menunjukkan penghargaan kepada kakitangan perubatan yang menggadaikan nyawa mereka untuk kita,” kata Mahi.
Sumber: The Star

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit