Connect with us

WTF

Pelakon Korea Berusia 76 Tahun Disaman Selepas Mengandungkan Teman Wanita

Nama Kim Yong Gun kembali menjadi bualan orang ramai setelah teman wanitanya yang berusia 37 tahun itu memfailkan saman ke atasnya baru-baru ini. Pelakon berusia 76 tahun yang banyak membintangi filem dan drama ternama seperti 2200 Pounds Beauty dan Kill Me Heal Me dikatakan telah memaksa teman wanitanya itu untuk menggugurkan kandungannya.

Mereka mula berkenalan sejak 13 tahun yang lepas semenjak wanita tersebut berusia 24 tahun, namun hubungan sulit mereka ini terbongkar setelah teman wanitanya membawa kes mereka ini ke mahkamah.

Menurut jurucakap Kim Yong Gun, pelakon veteran itu terpaksa membuat keputusan yang sukar setelah risau akan masa depan teman wanitanya itu.

Masih subur di penghujung usia?

Rata-rata netizen terkejut dengan keupayaan pelakon tersebut yang berjaya menghamilkan teman wanitanya pada usia lanjut.

 

Advertisement

 

Dia betul-betul serius dengan lakonannya sehingga menjadi realiti

Kim Yong Gun telah pun berkahwin dan mempunyai dua orang anak Ha Jung Woo and Cha Hyun Woo, di mana kedua-dua anaknya itu juga terlibat dalam industri hiburan sebagai pelakon.

Sumber: Wikipedia, TikTok @priscillakwon

Continue Reading
Advertisement

Trending