Connect with us

WTF

Pelajar Universiti Dari China Tertangkap Meludah Dalam Kolam Secara Terbuka?

Saat ini, penduduk dunia kini disarankan untuk mengamalkan langkah kebersihan dan penjagaan diri yang lebih maksimum disebabkan oleh penularan wabak coronavirus. Penularan Coronavirus ataupun dikenali sebagai Covid-19 ini, pertama kali dikenal pasti berpunca dari negara China

Kini, bukan setakat negara itu yang terjejas dengan teruk tetapi beberapa buah negara juga turut menunjukkan peningkatan mangsa kepada wabak Covid-19 ini. Disebabkan itu, beberapa buah negara telah memutuskan untuk menyekat kemasukan dan menghantar pulang semula rakyat China yang ada di negara mereka.

Pelajar China dilihat meludah dalam kolam?

Menurut laporan World Of Buzz, seorang pelajar dari negara China yang belajar di sekitar Cheras, tertangkap kerana melakukan perbuatan yang agak keji dan menjijikkan.

Pelajar ini dikatakan tertangkap kerana meludah air liurnya kedalam kolam renang di sebuah kediaman apartment. Video ini juga telah dikongsikan oleh penduduk setempat (netizen) yang tidak mahu dikenali identitinya.

“Minum air, kemudian buang ke dalam kolam!”

Menurut perkongsian itu lagi, gadis berkenaan berkemungkinan rakyat negara China, yang dilihat melakukan perbuatan keji itu pada hari ini (25 Februari 2020) pada jam 3.30 petang. Pada mulanya gadis ini dilihat meludah air liur ke dalam kolam berkenaan.

Kemudiannya dilihat ‘berkumur’ dan membuang air dalam mulutnya ke dalam kolam itu sekali lagi. Perkara ini dilakukan oleh gadis berkenaan berulang-ulang kali sehinggalah pegawai keselamatan datang ke arahnya dan menyuruhnya memberhentikan perbuatan terbabit.

Dah dihalau tapi masih degil!

Pegawai keselamatan di situ dikatakan telah menghalang perbuatan gadis berkenaan dan mengarahkannya untuk beredar. Namun, dia sekali dilihat kembali dengan air botol yang baru serta mengulang kembali perbuatan berkumur dan meludah ke dalam kolam renang berkenaan.

Didakwa lagi, gadis berkenaan bukan sahaja meludah di kolam renang utama, malah kolam renang kanak-kanak juga turut dicemari oleh perbuatannya itu.

Walaupun masih tidak diketahui niat gadis ini melakukan perkara berkenaan, tetapi kejadian yang berlaku ini tidak boleh dipandang remeh.

Perbuatan ini bakal menjejaskan orang sekeliling sekiranya gadis, berkenaan terkena jangkitan wabak Covid-19 itu.

Sumber: World Of Buzz.

Continue Reading
Advertisement

Trending