Connect with us

Inspirasi

Pelajar Pelik Pensyarah Tak Pernah Buka Kamera, Rupanya Sakit Siap Pakai Oksigen

Bagi tenaga pengajar, sudah menjadi kebiasaan untuk menunjukkan wajah apabila mengadakan sesi pembelajaran secara atas talian supaya anak didik lebih bermotivasi dan memahami ilmu dengan gaya lincah yang disampaikan.

Namun, tindakan seorang pensyarah Universiti Gadjah Mada ini mengundang persoalan dalam kalangan para pelajar kerana tidak pernah membuka kamera komputer riba ketika mengajar sejak awal semester.

Bagaimanapun, semua ‘terbongkar’ saat pensyarah tersebut Edi Prasetyo Nugroho tidak sengaja terbuka kamera. Rupa-rupanya beliau sakit dengan memakai tiub oksigen namun tidak pernah berkongsi mengenai keadaannya kepada semua.

@eccediary

Sehat selalu Bapak, terima kasih sudah mendedikasikan waktu dan semangatnya untuk mengajar✨ #bcaxyz #bcazxy

♬ You Are Enough – Sleeping At Last

Advertisement

Kisah itu dikongsi oleh salah seorang pelajar, @eccediary di platform TikTok yang terharu dengan kesungguhan dan pengorbanan pensyarahnya dalam memikul tanggungjawab walaupun tahap kesihatan tidak mengizinkan.

Memetik laporan Tribun News, @eccediary atau nama sebenarnya Nandini Catra Nabilah memaklumkan pensyarah yang mengajar subjek perniagaan dan pengurusan itu menghidap penyakit kegagalan buah pinggang sejak 11 tahun lalu.

Pesanan awal semester

“Saya baru mendapat tahu, sudah 11 tahun Pak Edi sakit gagal ginjal dan sampai sekarang perlu mencuci darah setiap dua minggu sekali,” katanya.

Gadis berusia 23 tahun itu berkata, mungkin sebab itulah dia perasan suara pensyarahnya kadang-kala mengalami serak dan seolah-olah sukar bernafas ketika sesi mengajar.

Beliau tak pernah mengeluh

“Saya rasa semakin terinspirasi dengan kesungguhan Pak Edi yang selama ini selalu semangat mengajar tanpa pernah mengeluhkan keadaannya,” ujar Nabilah.

Perkongsian video berkenaan meraih 4.2 juta tontonan dan lebih 20,700 komen warganet dimana turut kagum dengan kecekalan pendidik itu yang bertungkus lumus dalam menyampaikan ilmu agar anak didik tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Sumber: TikTok @eccediary , Tribun News

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending