Connect with us

Inspirasi

Pelajar Kumpul Duit Belikan Makcik Cleaner Jam Tangan Baru

Perbuatan baik boleh disumbangkan dalam pelbagai cara bentuk bantuan tidak kira dari segi tenaga, masa, ataupun wang.

Seorang mahasiswa dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang dikenali sebagai Mahathir telah berkongsikan kisah, dia menemui seorang makcik yang merupakan seorang tukang cuci di blok kediaman Mahathir.

Tak mampu beli jam baru, habiskan duit untuk perbelanjaan anak-anak

Dia yang telah menganggap makcik tersebut sebagai ibunya. Baru-baru ini, Mahathir telah berasa simpati terhadap wanita tersebut kerana jam tangan kesayangannya rosak akibat terhempas di dinding bilik air semasa mencuci.

 

Makcik tersebut telah meluahkan hasrat ingin membeli jam baharu, namun tidak kesampaian kerana gajinya banyak dihabiskan untuk perbelanjaan anak-anak.

Wanita itu juga dikatakan sering tertinggal van untuk pulang kerana dia tidak menyedari waktu vanĀ  tersebut tiba untuk mengambilnya.

Melihat keadaan itu, Mahathir terfikir untuk mendapat sumbangan daripada warga Twitter memandangkan dia juga mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk membelikannya secara berseorangan.

Dalam masa sehari, dia telah mendapat hasil kutipan tersebut dengan mencatatkan sebanyak RM790. Mahathir tidak menyangka masih ramai insan yang berhati mulia kerana sudi memberikan sumbangan tersebut.

Dengan bantuan ramai, Mahathir sendiri telah membeli jam tersebut dan akhirnya wanita itu dapat memiliki seutas jam kalis air. Mahathir juga telah berkongsikan resit pembelian jam tersebut di laman Twitter.

Terharu dengan tindakan tersebut!

Wanita itu terharu dengan tindakan tersebut dan memesan agar Mahathir dapat menyampaikan salamnya kepada mereka yang sudi menderma jam tangan tersebut.

Sumber: Twitter

 

Continue Reading
Advertisement

Trending