Connect with us

WOW

Pelajar Indonesia Cipta Sejadah “Anti-Korona” Yang Pertama Di Dunia

Baru-baru ini, ada kisah menarik dari Indonesia mengenai sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Pertama (SMP) Muhammadiyah 5 Pucang di Surabaya yang telah mengambil inisiatif dengan menghasikan sejadah anti-korona dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di masjid dan surau.

Sejadah yang diberi nama Sajana itu diperbuat daripada bahan plastik dan perlak iaitu bahan yang sama seperti tikar getah. Difahamkan sejadah ini cukup mudah dibersihkan dengan sabun anti bakteria sekiranya tercemar dengan virus atau pun bakteria.

Yang lebih menariknya mengenai sejadah ini, warna pada sejadah iniĀ  tidak akan tertanggal meskipun dicuci menggunakan cecair anti bakteria berulang kali kerana ia menggunakan cat warna yang khas.

Tujuan sejadah ini dihasilkan adalah untuk memudahkan semua umat Islam dapat menunaikan ibadah di dalam pandemik COVID-19 ini.

Tambahan pula, sajana juga ini berukuran 60 X 120 cm serta memiliki rekaan dan pelbagai jenis warna.

Advertisement

Namun sebagai langkah dalam menjaga kebersihan, di sejadah tersebut juga ada tertera tulisan ‘Sesudah Solat, Sila Bersihkan’ selain peringatan ‘Sila Pakai Masker, Cuci Tangan Dengan Sabun dan Jaga Jarak Sosial’.

Selain itu, dikatakan juga penghasilan sejadah ini diharap dapat memberi manfaat kepada umat Islam dalam menunaikan ibadah serta ia juga dapat membuka pintu rezeki kepada pelajar-pelajar yang sedang mengalami kesusahan saat ini.

Justeru, sekumpulan pelajar yang terkesan dengan pandemik ini telah mencari jalan keluar kepada beberapa permasalahannya yang berlaku dalam soal beribadat dalam pandemik ini telah mengeluarkan idea untuk menghasilkan sajana.

Menurut Wardatul Ummah, guru yang mengetuai projek sajadah tersebut, ini adalah permulaan yang baik dan idea yang menarik dalam kita berjaga-jaga terutamanya ketika solat di surau atau masjid.

Sehingga kini, sejadah itu sudah pun mendapat perhatian di Indonesia dan dijangka akan dikeluarkan dalam jumlah yang banyak untuk kegunaan Ramadan dan Aidilfitri.

Advertisement

Sumber: KompasTv, Liputan6

Seorang penulis yang kuat berangan dan habiskan sisa masa dengan binge-watching Netflix

Continue Reading
Advertisement

Trending