Connect with us

Infozon

Pelajar Buat Petisyen Mohon PM Supaya Benarkan Murid Lelaki Berambut Panjang

Semasa berada di sekolah, setiap pelajar dikehendaki untuk mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini kerana ia bukan sahaja dapat mendidik murid-murid agar berdisiplin malahan mengajar mereka supaya lebih kemas dan bersih.

Umum sedia tahu bahawa pelajar lelaki tidak dibenarkan untuk berambut panjang ke sekolah kerana akan kelihatan tidak kemas dan kurang sesuai dengan imej sebagai seorang pelajar sekolah.

Kebiasaannya, jika terdapat pelajar yang melanggar peraturan tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tatatertib bergantung kepada hukuman yang akan diberi oleh pihak sekolah.

Pelajar lelaki pun nak rambut panjang

Oleh sebab itu, seorang pelajar telah melakukan tindakan diluar jangka apabila menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap undang-undang tersebut dengan membuat satu petisyen yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia serta Menteri Pendidikan Malaysia agar membenarkan pelajar lelaki berambut panjang.

Menerusi petisyen tersebut, pelajar yang bernama Darrel James telah menyatakan bahawa peraturan sebegitu tidak lagi sesuaiĀ  pada masa sekarang kerana terlihat seperti ada diskriminasi antara jantina.

Alasan berambut panjang boleh mengakibatkan kutu membiak juga seakan tidak sesuai kerana pelajar perempua dibenarkan untuk berambut panjang.

Selain itu, menerusi petisyen itu juga, dia mahu pelajar dan ibu bapa dibenarkan untuk menentukan gaya rambut mereka sendiri tanpa ada sebarang campur tangan daripada Kementerian Pendidikan.

Dah ramai yang turunkan sokongan

Setakat hari ini, petisyen tersebut telah mendapat 2, 957 tanda tangan sokongan sejak hari pertama petisyen in dibuat.

Sumber : change.org

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending