Connect with us

Inspirasi

Pekerja Wanita Di India Tunjuk ‘Skill’ Bawa Kereta Api Bagi Meraikan Hari Wanita

8 Mac 2020 merupakan tarikh yang bermakna bagi semua wanita di seluruh dunia dimana ia merupakan hari pencapaian wanita diraikan dan juga menandakan perjuangan untuk hak wanita diteruskan.

Semua negara menyambut hari istimewa ini termasuk di India dengan membenarkan kakitangan wanita di Odisha membawa kereta api dari Jalan Khurda hingga ke Palasa.

Kakitangan tersebut adalah Munni Tigga sebagai jurupandu, Rajeswari Biswal sebagai pembantu jurupandu dan Revati Singh sebagai pengawal keselamatan.

“Saya berasa bangga kerana dapat membantu jurupandu. Impian saya adalah untuk memimpin sebuah pasukan. Saya akan bekerja keras untuk memberi inspirasi kepada yang lain untuk menunjukkan bahawa wanita juga mampu melakukan pekerjaan ini,” kata Rajeswari.
“Wanita-wanita ini merupakan kebanggaan bagi jabatan tersebut dan telah menjadi inspirasi kepada orang ramaiĀ  dan memberi kekuatan kepada wanita di luar sana,” ujar ECoR (Khurda Road division of East Coast Railways).

Sumber: India Today

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending