Connect with us

Infozon

Pegawai Arab Saudi Muncul Wira, Halang Lelaki Cuba Serang Imam Di Masjidil Haram

Seorang pegawai keselamatan Arab Saudi dianggap sebagai wira selepas berjaya menghalang cubaan seorang lelaki menyerang imam yang sedang menyampaikan khutbah ketika solat Jumaat di Masjidil Haram di Makkah.

Memetik laporan Arab News, lelaki tersebut yang memakai ihram dilihat menggunakan tongkat untuk menyerang Sheikh Baleelah sebelum dihalang dan dikenakan tindakan undang-undang.

Video aksi serangan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Jumaat lalu itu turut dimuat naik menerusi akaun Haramain Sharifain di laman sosial Twitter.

Rakaman berdurasi 11 saat itu memaparkan lelaki berkenaan telah berlari mahu menuju ke atas mimbar sebelum anggota keselamatan, Mohammed Al-Zahrani berjaya menghalang dan bergelut dengan suspek sehingga jatuh ke lantai.

Difahamkan, Syeikh Baleelah tetap menyampaikan khutbahnya walaupun kejadian tersebut berlaku di depan mata dan hampir mengundang bahaya terhadap dirinya.

Berikutan itu, rata-rata warganet memuji tindakan pantas Al-Zahrani dalam menjalankan tugas selain mendoakan seluruh umat Islam agar sentiasa dilindungi Allah SWT.

Sumber: Arab News , Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending