Connect with us

Inspirasi

Pegang Tali Guna Mulut, Lelaki OKU Jual Belon Tepi Jalan Demi Rezeki Di Indonesia

Bukan semua orang hidup dalam keadaan senang dan mudah untuk mendapatkan pendapatan. Ada yang perlu bersusah- payah mengerah kudrat demi sesuap nasi buat diri dan keluarga.

Namun begitu, melihat orang lain lebih susah daripada kita memberikan sedikit kesedaraan bahawa rezeki halal itu boleh didapati dalam apa cara sekalipun asalkan kita usaha untuk mendapatkannya.

Tangan kanan tak sempurna

Menerusi Twitter, video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Indonesia telah membuatkan kita sedar bahawa ada insan yang lebih susah daripada kita.

Video seorang lelaki warga emas OKU yang berjualan belon di tepi jalan benar-benar menyentuh hati setiap yang memandang.

https://twitter.com/bintangforza/status/1266722780982071296

Gigit tali belon takut terlepas

Dalam video itu juga, dapat dilihat tangan kanannya tidak dapat bergerak dengan sempurna, jadi dia memegang tali belon yang dijual menggunakan mulut.

Sehubungan dengan itu, pengguna Twitter tersebut telah menyarankan agar sesiapa yang berada di kawasan tersebut sama-sama membeli belon lelaki warga emas itu demi memberinya rezeki untuk kelangsungan hidup.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa simpati diatas nasib yang menimpa lelaki itu.

Mereka juga berharap agar dia dibantu dan menjadikan ikhtibar kepada diri sendiri apabila melihat insan yang lebih susah dalam mencari rezeki.

Sumber : Forza Bintang Wirayyasa

Continue Reading
Advertisement

Trending