Connect with us

WTF

Pecut Laju Takut Ditahan, Polis Berpaut Atas Kereta Diheret Sejauh 200 Meter

Menjadi tugasan harian, buat polis trafik untuk mengawal kesesakan lalu lintas bagi melancarkan pejalanan pengguna jalan raya. Namun, masih lagi terdapat pemandu yang degil dan gagal mengikut arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Tular di laman Twitter, sebuah video seorang polis di Indonesia sedang berpaut erat atas sebuah kereta honda. Pemilik kereta tersebut dikatakan ingin melarikan diri dari ditahan pihak polis.

Tak ada pilihan lain…

Pegawai polis yang dikenali sebagai Chief Brig. Eka Setiawan atau mesra dengan panggilan Eka, mengatakan bahawa dia tiada cara lain boleh dilakukan selain melompat ke atas kenderaan tersebut.

 

Parking secara haram rupanya…

Pemandu berkenaan dikenali sebagai Tavipuddin dikatakan melarikan diri setalah diminta untuk menyerahkan dokumen sah pengenalan diri dan kenderaannya.

Bagaimanapun, pemandu itu tidak mahu berikan kerjasama malah cuba untuk melarikan diri.

Enggan lepaskannya pergi!

Untuk menghalang Tavipuddin dari terlepas, Eka dan beberapa pegawai polis yang lain berusaha mengejarnya. Semasa Tavipuddin sedang memecut laju, Eka sudahpun melompat dan berpaut erat atas cermin hadapan kenderaannya.

Berhenti juga setelah berlanggar…

Tavipuddin telah diarahkan untuk memberhentikan kenderaannya namun dia enggan membuat sedemikian. Malangnya, dia terpaksa berhenti setelah kenderaannya melanggar sebuah kereta lain yang berada dihadapan.

Mujur, pelanggaran itu tidak melibatkan dan mencederakan mana-mana pihak. Tavipuddin telah dibawa ke balai polis Pasar Minggu dan dikenakan tindakan kerana mengabaikan arahan pihak berkuasa.

Dinasihatkan, kalau anda ditahan oleh pihak berkuasa sila berhenti dan jangan lari. Lagi buruk padahnya nanti.

Sumber: SAYS.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending