Connect with us

WOW

“Patut Jaga Kluster Kayangan Ni.” -Doktor Kacak & Sado Sama2 Banteras Covid-19

Ketika ini, pastinya barisan hadapan yang merawat Covid-19 menjadi perhatian umum. Mereka telah bekerja keras mengekang Covid-19 daripada menular sehingga terpaksa bekorban masa, tenaga dan juga keluarga demi keselamatan negara.

Dr Sado curi perhatian

Pastinya ada sahaja cerita berkenaan mereka tular di media sosial yang menjadi tatapan seluruh warganet. Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh laman Facebook Penang Kini, seorang doktor berbadan sado telah menjadi perhatian ramai.

 

Bertugas di GH Penang

Dr. Bryan Lim yang bertugas di GH Penang telah menjadi perhatian kerana berfizikal sasa dan bertugas sebagai barisan hadapan melawan Covid-19 ketika ini.

Wajah yang kacak dan berbadan sado itu telah menjadi perhatian dan meninggalkan pelbagai komen lucu di Facebook sumber.

Kalau pesakit jumpa terus sihat ni

Ada sebahagian warganet telah meminta agar Dr. Bryan Lim menjaga kluster ‘kayangan’ yang sebelum ini dikatakan banyak kerenah. Ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa pasti pesakit lekas sembuh jika dirawat oleh doktor yang kacak ini.

Namun begitu, rata-rata daripada mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Bryan kerana menjadi barisan hadapan melawan Covid-19 ini dan beberapa individu mengenalinya mengakui bahawa doktor muda itu sangat baik.

Pesakit banyak cekadak hempap je pakai lengan

Terima kasih Dr Sado!

Sumber : Penang Kini

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending