Connect with us

WTF

Patung Elsa Hantui Keluarga Ini, Muncul Kembali Selepas Dibuang Dua Kali

Seorang wanita mendedahkan bahawa keluarganya tidak dapat menghapuskan patung Elsa yang dikatakan ‘berhantu’ selepas mereka mencuba untuk membuangnya di dua tempat berbeza.

Emily Madonia, pemain violin dari Houston, Texas berkongsi ceritanya di Facebook dimana anak perempuanya, Aurelia yang berusia setahun dihadiahkan patung Elsa dari filem Frozen pada tahun 2013.

“Apabila tekan pada lehernya, ia akan menyanyi lagu ‘Let it Go’ dalam bahasa Inggeris atau Spanish tetapi kami mula perasan beberapa tahun ini ia mula berbunyi dengan sendiri walaupun tanpa menekan suisnya,” katanya.

Emily membuat keputusan untuk membuang patung tersebut kerana memikirkan ia telah rosak. Dia menegaskan bahawa suaminya, Mat telah membuang dalam plastik sampah dan meletakkannya di luar rumah.

Selepas seminggu, mereka sedang mencari sesuatu dan menjumpai patung itu di dalam bangku kayu. Mat menjerit dengan mengatakan bahawa dia telah membuangnya.

“Tidak mungkin kanak-kanak akan mengeluarkannya dari plastik sampah. Kami tetap bertanya kepada mereka tetapi mereka tidak tahu apa-apa.
“Selepas saya dan Mat bertengkar tentang siapa yang harus membuangnya, akhirnya Mat membuang patung itu dalam plastik dan mengikatnya dengan ketat lalu membuangnya di tong sampah di luar yang ditimbunkan dengan plastik yang lain,” tambahnya.

Menurutnya lagi, selepas itu mereka keluar pergi ke bandar dan melupakan tentang patung itu namun Aurelia berkata kepada mereka bahawa dia menjumpai patung tersebut di belakang rumah.

Ramai orang memberi cadangan supaya patung itu dibakar tetapi dia menyatakan bahawa melakukan perkara tersebut bukan satu perkara yang baik.

“Jika ada sesuatu di dalam patung tersebut, ia akan keluar. Saya tidak boleh memusnahkan ia begitu sahaja. Saya tidak tahu sama ada perkara ini benar atau tidak tetapi saya tidak ingin melihatnya lagi,” katanya.

Emily menghantar patung tersebut kepada rakannya, Chris Hogan yang tinggal sejauh 1,500 batu untuk menjauhkan patung berhantu itu daripada tangannya.

Sumber : Mail Online

Continue Reading
Advertisement

Trending