Connect with us

Infozon

Pasrah Dengan Sikap Degil Rakyat, Frontliner Indonesia Sudah ‘Give Up’?

Sejak beberapa hari lepas, foto-foto petugas barisan hadapan di Indonesia yang seakan kesal dengan sikap rakyat negara itu yang mengambil mudah penularan pendemik covid-19 telah tular di media sosial.

Walaupun tidak dapat disahkan kesahihan tersebut, namun ia sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa sikap ambil mudah dan tidak mengikut arahan boleh mengakibatkan penularan serta kematian angkara Covid-19 meningkat.

Kematian cecah ribuan orang

Setakat hari ini, negara jiran itu telah mencatatkan lebih daripada 1000 kematian dengan puluhan ribu sudah disahkan positif Covid-19.

Dengan kedegilan sesetengah individu yang mengambil enteng arahan kerajaan untuk kekal dirumah buat masa sekarang, para petugas barisan hadapan telah menulis beberapa nota seakan menyerah dan tidak lagi berdaya untuk menahan sikap mereka.

Indonesia, terserah! Suka-suka kalian aja…”

Melalui kompilasi foto yang dimuat naik menjadi satu video pendek di Twitter, pengguna media sosial yang dikenali sebagai fvkhrie itu telah memperlihatkan suasana sesak dengan orang ramai yang langsung tidak mengamalkan penjarakkan sosial.

Di akhir video itu, para petugas barisan hadapan dengan lengkap bersut PPE telah mengangkat nota dengan tulisan “Indonesia, terserah! Suka-suka kalian aja…”

“Kami udah capek!”

Dalam satu video yang tular di YouTube pula, terdengar laungan frontliner yang menjerit di tengah jalan mengatakan bahawa mereka sudah penat dan terpulang kepada rakyat Indonesia untuk terus berdegil.

Pastinya perkara tersebut begitu menyedihkan kerana dari hari pertama wabak tersebut menyerang, frontliner merupakan insan yang paling gigih berjuang melawan Covid-19.

Setiap rakyat hanya diminta untuk duduk dirumah dan amalkan penjagaan jarak bagi mengelak penularan wabak itu demi memastikan tiada penambahan kes setiap hari.

Sumber : fvkhrie, YouTube

 

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending