Connect with us

Berita

Pasport Jepun Paling Berkuasa 2022, Boleh Akses 193 Destinasi Di Seluruh Dunia

CikKoin

Diterbitkan

pada

Baru-baru ini, firma penasihat kewarganegaraan dan kediaman global, Henley & Partners yang bertapak di London memaklumkan keistimewaan bagi pemegang tiga pasport Asia yang membenarkan kebebasan perjalanan dunia lebih meluas.

Difahamkan, Jepun telah mencipta rekod baharu apabila membuka visa kepada 193 destinasi ke seluruh negara yang hanya membezakan satu destinasi dengan Singapura dan Korea Selatan yang mencatatkan sebanyak 192 destinasi.

Bagaimanapun, dijangkakan rakyat Eropah atau Amerika Syarikat akan menggunakan peluang ini sebaik yang mungkin berbanding dengan warga Asia yang lebih berhati-hati terhadap wabak Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia.

Menurut  statitik yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), jumlah perjalanan di rantau Asia Pasifik mencatatkan  kurang satu perlima daripada kadar yang direkodkan sebelum pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Jerman dan Sepanyol berada di tempat ketiga yang membawa 190 destinasi berbanding dengan Finland, Itali, Luxembourg mencatatkan 189 destinasi.

Kemudian, diikuti dengan negara Austria, Denmark, Belanda dan Sweden di tangga kelima manakala Perancis, Ireland, Portugal dan Britain pada kedudukan keenam.

New Zealand dan Amerika Syarikat berkongsi di kedudukan yang sama dengan negara Belgium, Norway dan Switzerland. Manakala Malaysia berada di kedudukan ke-13 dengan 179 destinasi.

Sementara itu, Afghanistan pula hanya boleh memasuki 27 negara tanpa memerlukan visa sekaligus berada di kedudukan yang paling bawah.

Bagaimanapun, terdapat petunjuk bahawa pasport yang bertaraf lebih rendah bakal membaiki pengaruhnya apabila sekatan perjalanan semakin berkurangan.

Sumber: Kosmo

Facebook Comments

Trending