Connect with us

WOW

Pasangan Warga Emas Sumbang RM152,000 kepada 2 Hospital Di Thailand.

Ramai insan yang diihat tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan termasuklah keperluan buat para petugas kesihatan. Sudah pastinya, insan-insan yang menghulurkan pelbagai segi bantuan ini sangat dikagumi dan dihargai masyarakat.

Di Thailand pula, pasagan suami isteri yang merupakan warga emas turut tidak ketinggalan untuk melepaskan peluang untuk berkongsi sedikit pendapatan mereka kepada insan yang memerlukan bantuan.

Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Prachuap Wongpaiboonsri dan isteri Yenjai Wongpaiboonsri telah menyumbangkan wang simpanan mereka sebanyak 1.15 million Thai Baht iaitu bersamaan dengan RM152,000.

Pasasangan yang berusia dalam lingkuangan 80 tahun tersebut telah mendermakan sejumlah wang itu kepada dua buah hospital di negara Thailand.

Kedua-dua suami isteri ini memiliki gerai mee itik yang dikenali dalam kalangan orang tempatan. Mereka juga menyatakan bahawa, sejumlah wang tersebut tidak mereka perlukan kerana usia mereka yang sudah lanjut dan bakal meninggalkan dunia ini pada bila-bila masa sahaja.

Dalam pada masa yang sama, mereka juga terhutang budi dengan salah satu pihak hospital kerana pernah membantu menyelesaikan bayaran perkhidmatan perubatan. Ini adalah salah satu cara suami isteri ini untuk membalas budi pihak hospital berkenaan.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending