Connect with us

Inspirasi

Pasangan OKU Sukar Bergerak, Buka Saluran YouTube Cari Pendapatan

Bukan semua insan terlahir sempurna. Namun kadang kala mereka yang hidup dalam serba kekurangan dan kelainan upaya lebih tabah serta kuat menempuhi dugaan.

Hal ini samalah dengan pasangan suami isteri dari Pakistan yang kedua-duanya merupakan insan kelainan upaya namun tetap gigih berusaha meneruskan kehidupan bersama.

BUat YouTube cari pendapatan

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai umxrrr, dia telah memuat naik sebuah saluran YouTube milik pasangan Fatima dan Ejaz yang mengisahkan tentang kehidupan mereka.

Itu sahaja cari boleh dapat duit

Pasangan ini baru sahaja membuat saluran YouTube kira-kira beberapa minggu lalu demi untuk mencari pendapatan untuk keluarga kerana usaha tersebut merupakan satu-satunya perkara yang mereka boleh lakukan untuk mencari pendapatan.

Dapat sokongan

Setakat ini, sudah 70 ribu lebih subscribers yang mereka peroleh dan video-video yang dimuat naik juga turut ditonton belasan ribu penonton setakat ini.

Dalam salah satu video yang dirakam menggunakan telefon bimbit, dapat dilihat isterinya sedang memasak sambil ditemani suaminya.

Advertisement

Posting-posting yang dibuat mereka juga telah mendapat perhatian masyarakat tempatan yang mana masing-masing meninggalkan komen dengan memberi semangat kepada mereka berdua.

Perkongsian tersebut nyata memberi inspirasi kepada semua kerana tetap berusaha melakukan sesuatu untuk mecari rezeki walaupun mempunyai kekangan dari segi pergerakkan dan juga kehidupan mereka yang serba kekurangan.

Semoga pasangan ini terus dimurahkan rezeki dan bahagia bersama.

Sumber: umxrrr, Fatima Aijaz life

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending