Connect with us

WOW

Pasangan ‘Frontliner’ Nikah Online, Momen Istimewa Di Atas Talian

Umum sedia tahu bahawa banyak majlis pernikahan terpaksa ditunda ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakkan yang perlu dipatuhi bagi memutuskan pendemik Covid-19.

Hal ini samalah seperti pasangan frontliner , Noorfahmi Mohd Latib, 29, dan pasangannya Syahida Syatirah Abdul Hadi, 28 yang sepatutnya bernikah pada 21 Mac lalu namun ditunda pada hari semalam.

Bernikah atas talian

Namun begitu, disebabkan PKP, mereka terpaksa bernikah secara atas talian dengan pengantin lelaki berada di  Auditorium Gemilang, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan pengantin perempuan di kediaman keluarga di Kajang.

Dimuat naik oleh jurugambar

Gambar-gambar pernikahan Fahmi dan Syahida telah diabadikan oleh jurugambar perkahwinan mereka iaitu Nazrul Auzan yang memuat naik momen tersebut di Facebook.

Sebak keluarga tiada di sisi

Penolong Pegawai Perubatan di HTJS sah bergelar suami kepada Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Kajang dengan 3 kali lafaz disebabkan masalah teknikal yang berlaku.

Advertisement

Menurut Fahmi menerusi Sinar Harian, dia sedikit sebak apabila keluarganya tidak dapat bersama ketika hari pentingnya itu. Namun kesedihannya terubat apabila keluarga di HTJS bersama dengannya yang sudah dianggap seperti keluarga.

Gambar-gambar Fahmi ketika akad nikah atas talian tular sejak semalam dan mendapat pelbagai respon positif daripada warganet. Rata-rata mendoakan agar pasangan frontliner ini dapat melayari bahtera perkahwinan dengan baik selepas ini.

Sumber : Nazrul Auzan, Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement

Trending