Connect with us

Berita

Parlimen Umum Tiga Calon Yang Bertanding Sebagai Presiden Sri Lanka

CikKoin

Diterbitkan

pada

Susulan perletakkan jawatan yang dilakukan oleh bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa sejak 14 Julai lalu, parlimen mengesahkan tiga calon akan bertanding bagi merebut jawatan tersebut bagi memulihkan kembali keadaan krisis ekonomi yang melanda di negara itu.

Antara calon yang akan bertanding ialah pemangku Presiden, Ranil Wickremesinghe, bekas Menteri Pendidikan, Dullas Alahapperuma dan  pemimpin parti sayap kiri, Anura Dissanayake.

Difahamkan, Sajith Premadasa yang merangkap sebagai ketua pembangkang telah menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya semalam kerana berpihak kepada calon parti pemerintah.

Bagi membentuk satu kerajaan campuran di Sri Lanka, pada malam sebelum penamaan calon Premadasa dan Alahapperuma telah bersetuju bahawa salah seorang daripada mereka perlu dicalonkan sebagai Presiden.

Bukan itu sahaja, Menteri Antarabangsa, G.L. Peiris telah memberi sokongan penuh terhadap Alahapperuma yang diberi kepercayaan selepas dipilih oleh Premadasa sebagai calon presiden.

Sementara itu, Ketua Menteri Dalam Negeri, Dinesh Gunawardena serta Menterinya, Manusha Nanayakkara, menyokong Wickremesinghe sebagai calon yang paling tepat untuk menggalas jawatan Presiden Sri Lanka.

Manakala,  Ahli Parlimen, Vijitha Herath dan rakan sejawatnya, Harini Amarasuriya telah menamakan Dissanayake untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Penamaan calon yang berlangung selama 10 minit itu telah dilakukan di sebuah bangunan parlimen dengan pengawalan yang ketat oleh pihak berkuasa

Persidangan tersebut telah ditangguhkan dan bakal disambung semula pada pagi ini untuk proses pengundian bagi memilih siapa yang layak dipilih sebagai Presiden Sri Lanka selepas Rajapaksa.

Terdahulu, Rajapaksa telah melarikan diri ke luar negara bersama isteri dan pengawal peribadinya dengan menaiki sebuah pesawat tentera selepas dia gagal untuk  urus ekonomi sehingga negara tersebut muflis sepenuhnya dan mengalami krisis inflasi yang teruk.

Sumber: Kosmo

Facebook Comments

Trending