Connect with us

Infozon

“Malaysia Mungkin Dapat Akses Vaksin COVID-19 Dari China…” – Khairy

Malaysia mungkin mendapat akses vaksin COVID-19 dari China sekiranya Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati ia selamat dan berkesan untuk digunakan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ia adalah antara usaha kerajaan dalam membantu pembangunan vaksin virus itu dengan menjalinkan sains diplomasi dan kolaborasi strategik bersama negara-negara yang berupaya menghasilkan vaksin virus itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata pasukan petugas kolaborasi antara MOSTI, KKM dan Kementerian Luar ditubuhkan pada April lalu bagi meneroka peluang antara Malaysia dan negara lain untuk menjalin kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan COVID-19.

Dah ada perbincangan dengan China

Khairy berkata ini bagi membolehkan Malaysia mendapat akses kepada vaksin COVID-19 apabila ia dihasilkan, memandangkan negara buat masa ini tidak ada kemudahan pembuatan vaksin ke atas manusia.

“Malaysia juga sedang berusaha untuk berbincang dengan pihak negara China berkenaan pembangunan vaksin oleh syarikat dan institusi dari negara itu. China sekarang mempunyai beberapa syarikat dan institusi yang sudah sampai ke tahap yang ke hadapan…”

Bantu bangunkan vaksin Covid-19

“Esok petang saya dijadual mengadakan sidang video bersama rakan sejawat saya di China berkenaan hal ini termasuk kemungkinan Malaysia mendapat akses kepada vaksin dari China sekiranya Kementerian Kesihatan mendapati ia sesuai, selamat dan berkesan untuk digunakan…”

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) mengenai peranan MOSTI dalam membantu usaha pembangunan vaksin COVID-19 di peringkat antarabangsa memandangkan Malaysia tidak mempunyai fasiliti pembuatan vaksin.

Khairy berkata MOSTI juga telah mengambil inisiatif untuk terlibat dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) dan penyertaan sebagai ahli gabungan itu membolehkan negara mendapat akses kepada pembangunan vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik tempatan.

Jelasnya, CEPI juga komited kepada pengagihan vaksin secara adil terbuka dengan kos yang sederhana untuk seluruh dunia.

Sumber : Bernama

Continue Reading
Advertisement

Trending