Connect with us

WOW

Pantau Penduduk Berkuarantin, ‘Lembaga Putih’ Terima Penghargaan IPD Kemaman

Di laman media sosial minggu ini, tular dan banyak dikongsikan sebuah gambar lembaga putih dan berdiri di atas sebuah van yang sememangnya kelihatan menakutkan. Pelbagai spekulasi yang telah dibuat oleh netizen dan turut mendakwa lambaga tersebut merupakan orang bunian dan sebagainya.

Rupa-rupanya menurut laporan Harian Metro, ia merupakan salah satu inisiatif seorang penduduk tempatan bagi memastikan masyarakat terutama remaja dan belia di taman perumahannya patuh kepada arahan PKP yang dikeluarkan.

Muhammad Urabil berpakaian seperti lembaga putih dan berdiri di atas sebuah van sambil dirakam isterinya, Norhayati Nayan, 39. Namun, Urabil berkata, dia berasa cemas apabila sekumpulan polis lengkap berpakaian operasi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman datang ke rumah.

Anggota polis bertanya mengenai tujuan perlakuannya yang memakai pakaian seperti lembaga putih. Dengan ringkas dia menjelaskan bahawa tujuannya untuk menakutkan remaja yang berkeliaran pada waktu malam.

Dia kemudiannya  diarahkan memakai semula pakaian dan topeng watak Gandalf it untuk bergambar dan kedatangan anggota polis tersebut hanyalah sekadar untuk mengucapkan terima kasih.

Menurutnya, jumlah remaja dan golongan belia yang berkeliaran di Taman Anika Jaya, Kampung Tempurung semakin berkurangan sejak gambar itu menjadi tular..

Sumber: Harian Metro.

Continue Reading
Advertisement

Trending